Sabtu

menyiapkan slide presentation

Salam. untuk pengetahuan semua, projek PSM 1 ni akhirnya berpenghujung jugak...
hari senin ni kena present, jadi last presentor... untuk semua kengkawan yang byk bagi dorongan dan sokongan termasuk penyelia PSM saya yang baik hati dan ramah budi bahasa cik hazinah, thanks a lot to all of you's :D

kandungan presentation:
1. Pendahuluan
· Catatkan tajuk projek/kajian
· Catatkan juga nama anda dan nama penyelia

2. Latar belakang masalah
· Memperkenalkan persekitaran bisnes kajian
· Catatkan juga latar belakang maslah
· Catatkan masalah utama dalam organisasi tersebut
(contohnya, kos operasi yang tinggi, tidak produktif, tidak
efisyen, kurang kompetitif) yang harus diselesaikan dan
kaitkan dengan kajian.

3. Objektif projek
· Catatkan key goals dan objektif kajian
· Kenyataan objektif hendaklah mempunyai cirri-ciri SMART, contohnya;
i. Untuk membuat analisa/rekaan…….
ii. Untuk membangunkan…..
iii. Untuk mengurangkan kos operasi…….(catatkan manfaatnya kepada organisasi dalam konteks)
iv. Untuk mengformulasikan polisi…….

4. Skop projek
· Catatkan jenis, sifat lazim dan ciri –ciri sistem
· Catatkan juga liputan tentang kajian (SOW) dalam bentuk
i. Proses/fungsi bisnes
ii. Data
iii. Lokasi/organisai
iv. Teknologi

5. Kajian Literatur
· Terangkan secara ringkas kajian literature yang mana relevan dan boleh diguna pakai bersesuaian dengan tajuk projek/kajian.

6. Metodologi
· Terangkan secara jelas prosudir yang digunakan untuk menguruskan sesuatu projek, contohnya;
i. Metodologi projek
ii. Metodologi Pembangunan Sistem
iii. Keperluan perkakasan/perisian
· Gunakan rajah dan jadual
· Tunjukkan jadual projek anda/rancang ia dalam bentuk Carta Gantt

7. Hasil Awalan
· Terangkan secara jelas apa yang didapati hasil daripada projek
· Ia hendaklah mewakili hasil daripada teknik yang digunakan dalam metodologi yang telah anda pilih.
· Terangkan secara jelas hasil awalan yang dicapai
· catatkan apa yang telah anda pelajari daripada kajian literatur dan tunjukkan bagaimana ia saling bergantungan dalam reka bentuk

8. Perbincangan dan rumusan
· Catatkan interpresasi anda dan catat nilai hasil keputusan/kajian.
· Perenggan rumusan hendaklah mengandungi samada objektif projek adalah dipenuhi atau tidak, samada ia boleh dicapai atau tidak. Dalam sesetengah kajian, hasil yang didapati adalah tidak boleh diselesaikan, rumusan berkaitan kemajuan hasil daripada objektif adalah lebih teratur. Ini mungkin diikuti dengan perenggan yang mencadangkan pendekatan disemak semula untuk memenuhi objektif yang digasriskan.
· Nyatakan rumusan positif yang mana tidak mustahil.
· Kenalpasti sumber-sumber terhadap sebarang kesilapan dan kekurangan pada teknik yang digunakan
· Terangkan pembelajaran yang boleh didapati
· Catatkan juga kajian pada masa hadapan yang ingin dicadangkan.

membetulkan semula draft

Salam, rasanya saya kena betulkan semua draft saya... macam salah semua...
mulanya saya belum specifik nak buat sistem untuk hospital mana? so bab 1 saya dah cerita sistem pemantauan secara umum. so bila masuk bab 2, mula nampak hospital mana yang sesuai jadikan kajian... tapi itupun setelah pemerhatian dibuat terhadap 3 buah hospital. Hospital kulai, hospital sultan ismail dan hospital permai. Bila masuk bab 3 saya ceritakan metodologi prototaip dan permodelan UML, perancangan kerja PSM2 xlengkap, tiada gantt chart. Masuk bab4 kena cerita rekabentuk awalan... antaramuka lebih kurang sama, sebabnya modul yang setiap aktor bleh buat adalah lebih kurang sama... pengguna sistem ini terdiri dari pentadbir dan staf. Manakal pesakit adalah pengguna sistem yang pasif. Semua modul yang boleh dilaksanakan oleh staf adalah berupaya dilaksanakan oleh pentadbir. Bab 5 menceritakan perbincangan dan kesimpulan..............

Khamis

Menulis laporan Bab 5

Bab ini membincangkan tentang pencapaian, kekangan, cabaran, dan harapan apabila melakukan projek.

Pengenalan
Menerangkan mengenai kandungan bab secara ringkas

Pencapaian
Bahagian ini membincangkan tentang pencapaian dalam hasil awalan.

Kekangan dan Cabaran
Bab ini pula hendaklah menyenaraikan kekangan dan cabaran apabila melakukan kajian projek.

Harapan
Bahagian ini hendaklah menyenaraikan pencapaian yang dijangka pada akhir Projek 2 nanti. (i.e. apa yang akan dilakukan seterusnya dalam projek 2 nanti.

Ringkasan
Bahagian ini hendaklah menggariskan kembali pencapian, kekangan, cabaran dan harapani apabila berhadapan dengan projek secara ringkas.

Isnin

Menulis Laporan Bab3 dan Bab4

merancang untuk memilih metodologi dan kaedah yang bersesuaian:
pilih metodologi :
1. prototaip berevolusi
2. sebab pilih : start dengan program yang mudah, ubah sampai siap sistem (senang sket)
kaedah permodelan :
1. UML
2. sebab pilih : ada gambaran yang jelas

segala maklumat yang dilakukan pada setiap fasa akan diberitahu kemudian.