Ahad

Lakaran Poster

pada hari ini saya melakukan lakaran poster, walaupun semalam tidak berjaya membawa balik trofi dalam cisco competition category open...

sedey nya :'(

Hantar Final Draft Report 2 April 2008

Pada 2 April 2008, draf laporan akhir telah dihantar,
tapi penyelia tidak sempat t/tgn pada waktu penghantaran tersebut.

Isnin

Menghantar draft laporan

Salam. alhamdulillah, sempat jugak menghantar draft laporan pada hari ini...
terdapat beberapa pembetulan yang perlu dilakukan. Antaranya ialah:
1. semestinya kesalahan ejaan.
2. abstractkena ubah balik
3. letak rujukan setiap sumber yang dirujuki
4. bab3 (metodologi) kena tgk balik. explain xtvt yang dilakukan pada setiap fasa
5. UML letak yang modul jer, sebab nnt penilai (Dr. Shukor) nak tgk
6. keperluan perkakasan seperti (LAN), dan apa lagi yang pihak hospital kena ada?
7. LAMPIRAN untuk keratan aturcara (bab 5)
8. pengujian sistem (bab 6)
  • uji input (boleh masuk x kalau data macam ...)
  • uji output (btul x output ini kalau click ...)
  • uji hardware (pembaca dan tag RFID berfungsi dengan betul x???)
  • uji sistem aliran (selepas proses ini, dia pergi ke proses apa???)
  • ada error messaging x? kalau masukkan input yang salah, apa sistem buat???

Jumaat

Tinggal php paging

Salam. Alhamdulillah, walaupun aplikasi SPPMR yang dibangunkan tidak sempurna yang dirancangkan namun ianya dapat melapangkan dada saya agar boleh bernafas dengan tenang.

Setelah sekian lama menyiapkan SPPMR, akhirnya siap jugak...
yay!!!! boleh gradute dah... gahooyoogle!!!!

SPPMR telah dilancarkan di dalam LAN lab psm skk.
kepada mereka yang berada di lab psm skk, boleh la berkunjung ke http://psmskk.homelinux.com
TETAPI waktu server on jer... hehehe...

:-)

thanks cik hazinah, dan xlupa cik nurulhaini dari jabatan SE yang byk bagi tunjuk ajar pasal coding RFID.

dan kepada semua mereka yang terlibat dalam menyiapkan SPPMR ini sama ada secara langsung atau pun tidak, THANKS ALL.

SALAM.

Rabu

Argh!!! tension.....

Salam. Argh!!!!!! apsal komputer nih....
dah sewel @ what? dah bertahun pakai coding ni xde problem... buat PSM jadi masalah plak...
nak kena bakar ker??

Utk pengetahuan supervisor, saya ada masalah untuk module RFID readers and their Tags. I was allowed to insert tag and reader but can't delete it using my php code. I don't know why, because this code I already implement at many of php project, but it work properly...

Allah saja yang tahu perasaan ni.... huhuhu... pressure!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
:'(

Khamis

Penulisan Tesis Sistem Pemantaun Pesakit Menggunakan RFID (SPPMR)

Setelah penolakan HP terhadap SPPMR terpaksa lah saya menukarkan tajuk tesis ini.

Bab 1 menerangkan pengenalan kepada pembangunan SPPMG, latarbelakang masalah, matlamat, objektif, skop sistem dan kepentingan projek kepada pihak pengurusan hospital.

Bab 2 menerangkan sistem sedia ada yang menggunakan RFID, kajian terhadap RFID yang bakal digunakan dalam SPPMR dan menceritakan sedikit sebanyak pemilihan bahasa pengaturcaraan yang digunakan.

Bab 3 menerangkan metodologi prototaip berevolusi yang digunakan bagi melancarkan proses pembangunan SPPMR. Metodologi ini mengandungi fasa² yang telah ditetapkan. Bab ini akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai aktiviti yang dilakukan pada setiap fasa dalam membangunkan SPPMR. Bab ini juga menceritakan perancangan kerja serta keperluan perkakasan dan perisian yang digunakan bagi membangunkan SPPMR ini.

Bab 4 menerangkan reka bentuk sistem, plan kawasan yang dicadangkan untuk meletakan Pembaca RFID, rekabentuk modul² sistem, rekabentuk antara muka pengguna yang terbahagi kepada pelayan dan pelanggan, rekabentuk pangkalan data.

Bab 5 menerangkan perlaksanaan SPPMR beserta perlaksanaan setiap modul yang dibangunkan.

Bab 6 menerangkan kesimpulan secara menyeluruh terhadap perlaksanaan SPPMR.

Sabtu

Tragedi yang xdapat dilupakan

Salam. ishk!! sedeynya...
for ur informations, Hospital Permai (HP) xterima PSM saya...
:'(

Pihak hospital menyatakan bahawa tajuk PSM saya tidak sesuai bagi dilaksanakan di hospital tersebut. Mereka juga mengesyorkan agar projek ini dilaksanakan di penjara sahaja.

pihak HP menganggap saya dihantar oleh UTM sebagai attachment ke HP. ini mungkin kerana salah faham semasa proses surat-menyurat dilakukan...

Khamis

Buat demo ngan Student Master di fac KP

Say pegi jumpa RFID researcher kat jabatan KP pada 29 january 2008. Nama dia Nurulhaini (Belum kawin). Dia baik, tapi garang sket la... Tapi dia xmakan orang lagi setakat ini...

diorang ada lagi 1 RFID yang sama model RFID kat jabatan SKK, tapi yang lama punya....then saya tya la dia, "RFID ni (yang sama model) dah ada coding blum?" dia cakap yang ni diorang dah test. Memang berfungsi...

untuk selanjutnya, ikuti dialog perbualan kami.

Saya : kalau yang itu dah berfungsi, saya nak pakai yang itu la...

Nurulhaini: awak tya dlu Cik Hazinah, mana 1 nak pakai nih???, sebab benda ni kena decide btul²

Saya : kalau saya tya cik hazinah, dah tentu dia tanya saya balik.

Nurulhaini : ok, tapi make sure dia bagi tukar...

Saya : ok saya tya, tapi insyaAllah dia akan suruh saya pilih guna benda yang dah ada coding...

Nurulhani : ok, bila² awak free, awak bawak RFID yang lama dari SKK. nnt sy tunjukkan.

Saya : ok saya akan usahakan.

Nurulhaini : kitorang pakai coding java, so awak macam mana???

Saya : saya cuba jugak coding VB berdasarkan konsep dari java tadi, saya implementkan dalam VB... Nih nak tya, ramai² kat sini nih semua tgh buat research pasal RFID ke??

Nurulhani : xjugak, saya, pak munawir(bukan nama sebenar, but the sound something like that la...) ja... (yang lain buat apa tah...)

Saya : pak munawir nih mesti expert dalam bab RFID ni kan??

Nurulhaini : emm bleh la.. (sebenarnya panjang lagi dia puji pak munawir...)

Saya : nnt kalau saya nak mintak tolong cik nurulhaini ngan pak munawir bleh la kan???

Nurulhaini : insyaAllah..

Saya : ni apsal benda nih ada kat sini (Saya nampak RFID besar tu macam kamera)..

Nurulhaini : ye la nak buat kajian, awak igt ni kamera ker???

Saya : ooo... sekarang awak buzy x? kalau saya nak tgk contoh sistem yang dah bleh berjalan bleh x guna Reader besar ni???

Nurulhani : erm sekarang saya buzy sket, nnt la... nak pegi makan jap... perut dah berkeroncong ni(tah, saya xdengar pun bunyi)

Saya : RFID yang besar ni nak buat sistem apa?

Nurulhaini : ini kami buat untuk...(parking kereta kot, saya xigt.. (",)) jarak dia dalam 90 cm jer...

Saya : (aik bukan main besar dia punya Reader, 90cm jer...) oo...

Nurulhaini : (emm dah la tuh, p la balik, saya lapar ni) ok, nnt kalau ada apa², awak contact saya k???

Saya : ok, terima kasih. terima kasih pak munawir.... Salam.

Buat interview

Semalam (30 january 2008) saya pergi hospital permai untuk menghantar surat temubual bersama pegawai ICT.

The procedure to make the appointment is so complex. I was visit the hospital permai 2 time. saya dah macam pesakit kat situ, harap² pasni jgn jadi pesakit disitu sudah.
:)

First present to Supervisor

Show my interface to supervisor